Tim Van Damme Inspired by Tim Vand Damme

About me

Kampar, Perak, Malaysia
Simple

Blog

Memakan Binatang Buruan

Terpanggil untuk menulis mengenai makanan daripada binatang buruan. Itu kerana sebutan atas haiwan liar yang boleh dimakan telah mengerutkan muka sesetengah pihak. Sebutan yang dimaksudkan adalah dalam perbincangan bertajuk Makanan Satu Pendapat yang dapat dibaca, dengan tulisan-tulisan yang menyusulinya, melalui ruangan Perpustakaan.
Mungkin ia (bintang buruan) tidak disebut secara khusus di dalam perbincangan-perbincangan tersebut, tetapi tidak dilupakan, dengan menyebut nama-namanya sahaja.
Binatang buruan adalah yang hidup liar, dan memakannya adalah halal, di sisi Allah. Ia juga dikatakan-Nya baik untuk dimakan. Kesimpulan diceduk daripada firman berbunyi,
"Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, 'Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.'" (5:4)


Allah tidak menyebut nama-nama binatang buruan yang baik dan halal dimakan. Lantas, senarai mereka yang baik/halal untuk dimakan atau yang tidak baik/haram dimakan tidak perlu diada-adakan. Atau mengkategorikan mereka sebagai makanan yang kurang baik oleh kerana Allah banyak menyebut tentang binatang ternakan di dalam al-Qur'an. Bila Dia sebut baik dan halal maka baik dan halallah ia - kata-kata-Nya tidak diubah.
Justeru, daging mereka kelihatan serupa hukumnya dengan daging haiwan ternakan, iaitu baik dan halal. Apa yang diharamkan (mengenai daging) sudah dijelaskan Allah seperti berikut:
"Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. ....... Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (5:3)
Pun begitu, ia tidak boleh dijadikan haiwan korban dalam Haji, bukan kerana dagingnya tetapi memburunya tidak dibenarkan Allah. Firman-Nya,
"Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternakan, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak menganggap bahawa binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa sahaja yang Dia mengkehendaki." (5:1)
"Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram);" (5:95)
Larangan terhadap membunuh mereka merupakan satu ujian daripada Allah. Ayat di bawah menjelaskan,
"Wahai orang-orang yang percaya, sungguh, Allah menguji kamu dengan sesuatu daripada binatang buruan yang tangan-tangan kamu, dan tombak-tombak kamu capai, supaya Allah mengetahui siapa yang takut kepada-Nya yang dalam keadaan ghaib. Sesiapa yang mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih." (5:94)
Memburu binatang liar diteruskan setelah seseorang menyelesaikan ibadah Hajinya. Firman Tuhan,
"Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan (ibadah Haji), maka burulah binatang buruan." (5:2)
Dua ayat yang baru disebut tidak menyebut tentang sebab memburu binatang liar. Lazimnya manusia memburu untuk memakan daging dan mengambil kulit mereka sebagai perhiasan, seperti pakaian. Demikian itu didapati serupa dengan sebab haiwan ternakan dibunuh.
Sekiranya hukum memakan daging binatang buruan atau binatang liar mengikut hukum yang ditetapkan Allah maka dipercayai masalah kelaparan, di kalangan umat Islam terutamanya, di tempat-tempat yang mengalaminya, dapat dikurangkan atau diatasi sama sekali.


Blogger Templates Design by Insight © 2009